Lirik Lagu Teratai
SWEET CHARITY - TERATAI (lIRIK YG BETUL)
OH TERATAI BUNGA INDAH
ENGKAULAH PUJAAN HATIKU
TELAH LAMA AKU RINDUKAN
WAHAI TERATAI
BUNGA INDAH
SUNGGUH CANTIK PARAS WAJAHMU
SINAR MATAMU BAGAIKAN
SURIA PAGI
SETIAP INSAN SELALU TERPIKAT
MEMANDANGMU TERATAI
BUNGA INDAH
WAHAI TERATAIKU SAYANG
BADAI TAUFAN DATANG
MENGHEMBUS DIRIMUKU TAK MENYANGKA
ENGKAU PUN TERKULAI
DAN MERUDUKLAH
LAYU TAK BERSERI LAGI
OH TOLONG LINDUNGILAH DIA
AGARKU DAPAT BERSAMANYA LAGI
KU INGINKAN TERATAIKU SAYANG
BERSERI SEPERTI SEMULA
Monday, March 31, 2008 | 0 Comments
Mohd Ghazali (zalie)
Sunday, March 30, 2008 | 0 Comments
Gathering Pertama selepas 22tahun pada bulan Nov.07
Ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir. Pertama kali dalam masa 22tahun kami dapat berkumpul dalam satu tempat, walaupun tidak dapat semua hadir tetapi ianya sudah cukup untuk melepaskan kerinduan masing terhadap rakan-rakan lama yang dirindui. Gambar-gambar lain akan aku cuba dapatkan semasa reunion ini dari Shikin..
Sunday, March 30, 2008 | 0 Comments
Rahimah Ripin dan Abd Hadi Abdullah
Sunday, March 30, 2008 | 0 Comments
Azimah Hashim
Berasal dari Tanjung Rambutan, Perak..kelas lamanya 5IHSAN. Semasa disekolah memang rapat dengannya, dia ni ok,friendly dan berfikiran terbuka. Selapas 23th terputus hubungan tahun lepas pada bulan Oktober07, berjaya mendapat number handfonnya..di sebabkan keakrapan semasa disekolah dahulu terus tidak sabar-sabar untuk bercakap dengannya. Pada awal bulan March lepas, satu kejutan telah berlaku, dia telah tiba di Muar dan setelah berjanji untuk berjumpa, aku bersama keluarga berjumpa dgnnya di Muar, macam tak percaya...
u nice and friendly, good friends..terima kasih atas nasihat anda sebelum ini..ada rezeki kita jumpa di ipoh k..kepada kawan-kawan lain nak tau perkembangan dirinya sila email kepadanya azie0203@yahoo.com.my
Saturday, March 29, 2008 | 0 Comments
Rahayu bt. Razuli
Dia ni masa di sekolah dulu aku kenal dia tidak la secara rapat sangat, just kenal-kenal je. seingat-ingat aku dia ni dari kelas 5 Elite, sebelah je dengan kelas aku. Sekarang ni dah berkeluarga dan punya ramai anak, syukur alhamdulillah kawan aku ni hidupnya dah berjaya. selepas 22 tahun tamat sekolah, tahun lepas dalam bulan November 07 pertama kali bersua di rumah aku yang waktu itu telah menjadi tempat bersejarah pertemuan seramai 12 keluarga bekas-bekas murid SMVP84/85. sekarang ni yang aku tau, Ayu menetap di kuantan, pada kawan-kawan lain nak tahu perkembangan lanjut tentang dirinya email padanya (ummiiman@gmail.com)
Saturday, March 29, 2008 | 1 Comments
Jailina Jalin
Jalin..dgn dia ni masa kat sekolah memang tidak pernah bercakap, senyum pun tidak..mahal betul ler senyum waktu tu. sampai sekarang tak tau apa sebabnya, malu gaknya..jadinya hal-hall dirinya aku kurang mengetahui. yang aku tahu dia ni tinggal di Muar dan berkerja di satu jabatan kerajaan di bandar Muar. Jalin ok gak kau ni eaaa..bole lah nak diajak berbual dan bercerita..terima kasih atas kerjasama dan juga idea dari kau..(jalin_jj@yahoo.com)
Friday, March 28, 2008 | 0 Comments
Hairul Shamshe (Kak Chik)
Tentang dia ni aku kurang mengetahui sangat, cuma yang aku tahu asalnya dari zon Pasir Gudang dan menetap di Ampang, Selangor. Berkerja di salah sebuah syarikat carigali minyak dan gas, berpejabat di KLCC. masa bersekolah dulu dia ni dalam kelas 5 Ehsan. apapun kalau nak tau lebih lanjut lagi, sila lah email kepadanya(Hairol_Shamshe@murphyoilcorp.com) apa pun kak chik, terima kasih atas idea awak ni..
Friday, March 28, 2008 | 0 Comments
Halim Sulaiman
Halim Sulaiman sekarang tinggal di Kuantan, Pahang. berkerja sendiri setelah meletakan jawatan di BSN cawangan Johor Bahru. Oklah tu brother, dapat hasil dari usaha sendiri..teruskan usaha tu brother. Terima kasih atas bantuan kau dalam usaha mengumpulkan semula kawan. Setakat tu aje yang aku tahu pasal Halim ni..apa-apa hal email lah kepada nya (suabha@tm.net.my)
Friday, March 28, 2008 | 0 Comments
Norlaila Jamaluddin
Lela..
Penglibatannya dalam usaha menjejak rakan-rakan lama tidak bole di nafikan, dia banyak juga bantu aku mencari kawan lain. Setiap kali mendapat number fon dari kawan2 lain di sekitar Kuala Lumpur atau Utara tentu dia akan bagi kepada aku, tugas aku pula mengedarkan kepada rakan-rakan di sekitar selatan. Itu gambarnya bersama keluarganya dan juga keluarga Leha..yang aku tahu Leha ni cikgu di Sarawak, tetapi tidak dapat detail darinya..oklah tu. Apapun ucapana JUTAAN TERIMA KASIH pada Lela dan suaminya En.Rosli atas bantuan mendapatkan maklumat rakan-rakan lama, juga JUTAAN TERIMA KASIH kerana layanan istimewa semasa Pertama Kali berjumpa di rumahnya selepas 22 tahun, nasib baik ler Enab&Husain nak tunjukkan jalan, kalau tidak tentu hutan batu mana aku sesat..Terima kasih semua!
norlailajamaludin@yahoo.com.my
Friday, March 28, 2008 | 0 Comments
Siti Zainab Ramon
inilah kawan kita..Siti Zainab bt.Ramon. Berasal dari Pasir Gudang, kawasan tak tau gak..segan nak tanya lebih, suami selalu ada kat sebelah, tapi En.Hussain sporting. Sekarang ini bertugas sebagai guru di sekitar Cheras,Kuala Lumpur dan tinggal pun di sekitar Cheras juga. "Nab..kami sekeluarga ucapkan ribuan terima kasih atas layanan baik anda sekeluarga, sukar nak percaya, aku dan keluarga menerima layanan paling istimewa dari anda sekeluarga" secara ikhlas aku nyatakan, bila agaknya dapat kita berkumpul lagi? Pada kawan-kawan yang lain jika nak tahu perkembangan dia dan keluarga email aje cepat sikit dia terima, bila dia nak balas no komen...hehehehe...sitizainab_68@yahoo.com.my
p/s: Nab..sorry kalau silap ejaan nama ayah, masa jumpa dulu kau penah tegur pasal nama ayah..aku lupa la ejaan sebetulnya..maaf ye:-)
Friday, March 28, 2008 | 0 Comments
AKTIVITI HARIAN SEPANJANG DI SMVPJB
Sunday, March 23, 2008 | 0 Comments
Wajah Guru SMVP84/85
Cikgu Sharifah Mahani...wajah terbaru beliau yang dirakamkan di kediamannya di Taman Sutera, JB..dia amat gembira dengan kunjungan aku ke rumahnya..well jasa-jasa guru tak pernah dilupakan..tpppp..lain la laa..dulu rasa2nya besar..tp skg ni dah slim..ni leh tanya kat cikgu apa rahsianya, petua tu nanti nak bagi wife lerrr, biar slim mcm dia gak..
Sunday, March 23, 2008 | 0 Comments