feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985


Free chat widget @ ShoutMix

HAMRI BIN HASHIM

Labels:

HAMRI HASHIM (4&5 DANA)...
berasal dari Chaah, Segamat, JOHOR. Sekarang ni menetap di Kg. Jawa, Chaah..bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Bekok. Sekelas dengan aku dulu, selalu gak gaduh2 dengan mamat ni..apa pun itu kisah dulu-dulu masa sekolah tetapi sekarang ni tidak...bila berjumpa tu kemesraan tetap ada dan dah macam saudaramara sendiri. Apa pun bro..jgn lupa ye..kita punya projek berdua..hehehe

Memori masa dulu-dulu..kenang-kenang...

Labels:

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah....
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah.. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ' telur ' keras warna warni, ' rokok ' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ' Ti Kam ' . bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ' Pepsi Cola one-two-three ' , ' Police & Sentry ' , main kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ' We Are the World, We Are the Children... ' dan lagu ' Uptown Girl ' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam ..
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun ' Atari ' dgn ' Game & Watch ' .
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control..
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa....

Pertama Kali Selepas hampir 24 tahun

Labels:
































Hari ini adalah hari dan saat yang ku idamkan selama hampir 24tahun untuk berjumpa dan berkumpul semula dengan rakan-rakan lama dari batch 84/85 SMVPJB. Walaupun tidak semua dapat menghadirkan diri pada hari tersebut, namun ianya sudah cukup untuk memberikan keceriaan kepada aku dan juga rakan-rakan lama yang lain. Tanpa disangkakan, rakan lama HALIM sanggup datang dari Kuantan, Norazlin dari Melaka semata-mata untuk bersama rakan-rakan lama mereka. Pada mereka yang tidak dapat hadir pada hari itu, usahlah rasa sedih atau terkilan kerana ada satu lagi acara yang paling bermakna pada tahun hadapan iaitu Jubli Perak SMVP/STP JB 25th.
Bersedialah dan berusahalah untuk hadir pada waktu tu kerana peluang yang baik jarang dapat diulangi selepas ini.

Ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkerjasama menyumbangkan gambar-gambar untuk tontonan sahabat-sahabat yang jauh dan tidak dapat hadir.

Referrer

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!