feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Free chat widget @ ShoutMix

Memori Pahit dan Manis semasa di SMVPJB 84/85

Labels:


Semalam 09/04/08 selepas hampir 23 tahun aku meninggalkan alam persekolah iaitu December 1985. Mula-mula selepas kenderaan aku melepasi "guard" di pagar sekolah, mata aku menoleh ke kiri iaitu padang bola...inilah tempat aku dan kawan-kawan yang lain berkubang bila bermain bolasepak, samaada perlawan persahabatan ataupun riadah petang...tetapi dah cantik sikit la..kemudian aku memandang pula ke kanan, ASRAMA PUTERA...hmmm...tempat aku mula-mula mengenali erti kehidupan diasrama..banyak kenangan pahit dan manis disini..tetapi dah banyak sangat perubahan, bagi aku sudah tiada keasliannya lagi, tp apa nak buat..harta kerajaan, hak dia la nak ubah macam mana pun...di sinilah ingatkan 23 tahun tu menjelma semula..

Bulan Mac(tarikh lupa!)1984..aku mula menjejakkan kaki ke sekolah berasrama bernama Sekolah Menengah Vokasional Perdangan Johor Bahru. Bila tiba disana dan mendaftar sebagai murid baru disekolah itu, aku merasa hairan...kenapa tidak, murid lelaki tak berapa ramai, mana pelajar senior dan macam lagi bermain dlm fikiran aku...hmmm..bila keluarga aku pulang, sedih gak..pertama kali berpisah dgn keluarga...seingat aku ler, masa buat permohonan dulu tidak minta kursus perdagangan. Kursus yang dipohon welding...tp tak apalah, cuba dulu. Bila segala urusan dah selesai, aku ditempatkan dalam Dorm E. Hinggalah ke waktu maghrib dan dalam jam 8pm kami diarahkan ke dewan makan...disanalah baru aku tau, jumlah murid lelaki seramai 25 orang dan murid perempuan 10kali ganda dari jumlah murid lelaki...fuhhhhhhyooooooo rasa macam tak percaya lak..ramainya student pompuan, KEJUTAN BUDAYA!! Pertama kali dalam hidup aku, di kelilingi majoriti student pompuan,dari situlah aku mengenali rakan-rakan lain...baru aku tau, kami semua adalah PELAJAR YANG TELAH TERPILIH DARI 1 SEMENANJUNG, BANGGA BEB!!!!

Hari yang mendatang di SMVP..bebetul ler mcm peneroka felda laa...apa taknya, keadaan muka bumi sekolah yang terletak di atas bukit dan gondol je, tiada pokok dan segala kemudahan-kemudahan asrama kami tiada sapa2 pun yang sediakan...kami kena bergotong royong untuk menyiapkan dan menyediakan demi untuk meneruskan pelajaran. kalau tidak dibuat sapa lagi nak buat, bukannya meja, katil, tilam bergerak sendiri...dari situlah di pecahkan kepada beberapa kumpulan..ada tugasnya pasang katil, angkat tilam dari stor. kumpulan lain tugasnya buat kerja-kerja pembersihan seperti memotong rumput, tanam pokok..satu kumpulan lagi membantu guru-guru menyiapkan bilik-bilik darjah. Hal-hal begini berlarutan sehingga 6 bulan lamanya..masa itulah macam-macam insiden lucu berlaku..nak tau..tanya la pada sahabat-sahabat yang lain..usah yang lucu..jatuh cinta pun ada..hehehee...apa taknya student lelaki masa tu jadi macam student PINGITAN OR student PUNGUTAN..entah la..hari demi hari suasana antara kami semua menjadi akrab, kerana waktu itu tiada siapa lagi selain dari mereka. Pernah juga Cikgu Ghani berkata "murid lelaki seramai 25 orang ni adalah TENAGA TERMAHAL DI SMVPJB, apa tidaknya..nak buat apa-apa sekalipun kegiatan di sekolah, mesti minta bantuan murid lelaki...pernah terjadi satu ketika itu salah seorang rakan kami kena marah(kesalahan dah lupa) kami berpakat memulaukan program dan tidak mahu membantu..huru hara la waktu tu nak buat persiapan, terpaksa la Cikgu Ghani dan Cikgu Kamaruddin datang ke asrama memujuk kami semua...hmmm..baru mereka tau..sapa kami ni semua...itulah sikit sebanyak kisah kami semasa di asrama dan di SMVPJB 84/85..perhubungan kami hingga sekarang ini tetap baik dan akrab hingga sekarang, walaupun ada setengah telah terputus hubungan (MIA - MISSING IN ACTION) dan yang telah pergi buat selamanya (KIA - KILL IN ACTION) hehehe..namun sahabat semua tetap dalam ingatan aku hingga akhir hayat...
  1. Zailani Amat (KETUA MURID SMVPJB 85) - (5 Pro Forma) Kastam Diraja
  2. Hamri Hashim (KETUA ASRAMA 85) - (5 Dana) Guru
  3. Shahrul Alfian Anuar (5 Dana) ?
  4. Razip Edros (5 Dana) Lawyer Firm
  5. Allahyarham Rosman Omar (5 Dana)
  6. Mohd Ghazali Abd Shattar (5 Dana) hehehe apa eak??
  7. Abd Hadi Abdullah (5 Dana) Kontraktor
  8. Muzaffar Abdul Aziz (5 Pica) LHDN KL
  9. Allahyarham Zaidi (5 Pica)
  10. Abu Kassim Razali (5 Pica) ?
  11. Ghani (koknger) (5 Pica) ?
  12. Hisham Arshad (5 Elite) Shell Malaysia
  13. Azhar (5 Elite) dengar khabarnya ada di Samporna, Sabah (PGA)
  14. Kamaruddin (5 Elite) Guru
  15. Azmi (5 Pica) ?
  16. Mohd Raffi Aini (5 Elite) Kontraktor
  17. Azmi Mohamad (5 Pro Forma) ?
  18. Aziz (5 Pro Forma) ?
  19. Shafie Mohd Nor (5 Pro Forma) BSN (caw. Mersing)
  20. Zainal Abidin (5 Pro Forma) Bank Negara Malaysia (Caw. Johor)
  21. Tajul Arriffin (5 Elite) ?
  22. Jusoh (5 Elite) ?
  23. NorAzman Elias (5 Pro Forma) ?
  24. Mosli (5 Pica) ?
  25. Abdul Halim Sulaiman (5 Elite) Kontraktor

0 comments:

Post a Comment

Referrer

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!