feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985


Free chat widget @ ShoutMix
Labels:

JAGALAH HATI SESEORANG

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera pemutar
pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum
kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah
tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan. Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu?

Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin
juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari
makanan,untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan
oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam
tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada
pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah
sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi
keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah
kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang
berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari
nanti,peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan
kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya
pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata
kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta
dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba
memberikan hati kepada orang lain.

Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan
airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali
memberikan harapan kepada orang lain,yang mana kita sendiri pun tidak
pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari
nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu....

Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .

Renungkanlah. ...

~wassalam~



zwani.com myspace graphic comments
Myspace Friends Graphics

0 comments:

Post a Comment

Referrer

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!