feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Dewan Dangang @SMTPJB Bangunan Pentadbiran @SMTPJB Logo SMVPJB Logo SMTPJB Guru SMVPJB 1985


Free chat widget @ ShoutMix

Majlis Berbuka Puasa 09












Salam..
Pada 13 Septemter 2009 lepas..aku telah merancang program berbuka puasa bersama
rakan-rakan lama ex-smvpjb 84/85.  Walaupun program ni dikirakan macam bidan terjun
namun best la juga walaupun aku merancang sekurang-kurangnya 5 atau 6 keluarga, tetapi bersyukur
dapat juga aku kumpulkan 3 keluarga. Insyaallah dimasa akan datang jika ada umur dan rezeki
akan aku usahakan buatkan majlis begini tetapi dengan lebih terancang.  Terima kasih kepada
yang sudi memenuhi hasrat untuk berbuka puasa bersama keluargaku.  
KEPADA PUAN RAHIMAH & KELUARGA
KEPADA PUAN SANIZA & SUAMI
terima kasih



NORAZNAM (ELITE)

salam..

Semalam pada hari Sabtu 25 April 09, Mohd Fitri Daniel diraikan oleh atuk2 saudaranya di Muar dengan membuat majlis sambutan Maulidurasul dan cukur jambul untuknya.
Dalam pada itu aku ambil kesempatan jemput beberapa kawan-kawan lama bersama 
meraikannya juga.  Cuma seorang saja yang hadir iaitu Noraznam atau nama panggilan semasa di sekolah dulu HANIM dari kelas ELITE.  Sekarang ini menetap di Semabok, Melaka.

Terima kasih atas kesudian memenuhi jemputan dari kami sekeluarga, insyaallah di lain masa kita akan berkumpul semula.

Perjumpaan 2 tahun lepas

Gambar ni diambil sempena perjumpaan hari raya tahun 2007,kalau tidak silap harinya itu adalah cuti umum kerana sambutan Depavali 07.  Waktu ni aku tidak dapat hadir kerana urusan kerja.  Majlis ini berlangsung selepas majlis perjumpaan hari raya di rumah ku akhir bulan oktober 07, walaupun tidak ramai yang hadir tetapi amat bermakna, tetapi mohon maaf sebab kelewatan untuk tatapan kawan-kawan semua.  Terima kasih kepada Puan Laila (PICA) yang berusaha menghasilkan gambar ini.

Referrer

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!